Wednesday, January 11, 2012


huhu....ni la buku pertama aku baca tahun ni...setelah sekian lama tia membaca buku2 sedemikian rupa...makanya...ni adalah azam baru....2 ari baca buku ni....

beberapa cerita yang menarik dalam buku ni....di antaranya adalah rumusan/ analisis/ sinopsis/ kritikan Novel Kawin-Kawin . novel ini merupakan satu kajian gender dimana dengan menggunakan pandangan alcoff sebagai pendekatan dalam cerita ini. walaupun bukan dalam bentuk cerita penuh, namun penceritaan/ analisis membantu dalam memahami cerita ini. Cerita ini adalah berkaitan dengan dua orang wanita yang berlainan cara hidup, iaitu Mas Umm dan Siti Menurra. Mas Umm berpewatakan sebagai wanita yang percaya pada ajaran Arrya manakala Siti Menurra berpewatakan sebagai wanita yang berpegang teguh pada agama islam. Mas Umm merupakan seorang wanita kaya yang memiliki kuasa dan wang yang menjadikannya wanita yang ingin dimiliki setiap lelaki. keinginan tinggal di banglo dan hidup yang senang menjadikan lelaki-lelaki di kampungnya ingin memiliki mas umm. perkahwinan kontrak dilakukan dengan memilih lelaki yang disukainya. suaminya juga telah bannyak kali bertukar-tukar. manakala bagi siti menurra, bekas suaminya Pak Qum juga pernah beristerikan mas umm. namun bagi siti menurra, pembelajaran agama lebih dipentingkannya. sehinggalah Malang, seorang pemuda yang tergila-gilakan mass umm merasa kecewa apabila dirinya tidak dipilih oleh mas umm sebagai suami dan mas umm turut menyambung kontrak suami nya Muallim. akibat kecewa, malang berniat untuk menyunting siti menurra sebagai isteri, namun untuk menguji Malang, siti menurra mengenakan syarat dalam perkahwinan. Malang bersetuju, namun sepanjang perkahwinan, malang tidak dapat menuruti syarat siti menurra yang menghendaki malang menghadiahkannya al-quran yang ditulis sendiri oleh malang. walaupun begitu, siti menurra tetap menjalankan kewajibannya sebagai isteri dengan memenuhi keperluan zahir namun tidak batin. sehinggalah suatu masa malang tidak tertahan lagi dan menjadi gila. 


 Novel lain yang turut menarik adalah Novel tulisan Faisal Tehrani iaitu Perempuan Politikus Melayu. sejujurnya sy tidak pernah mengingati penulis novel yang telah dibaca. Namun saya dapat mengingati nama Faisal Tehrani disebabkan Novel Manisnya Epal.